Seni Bina Istana Kesultanan Kalimantan Barat
KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah menganjurkan Seminar Warisan Kesultanan Melayu: Seni Bina Istana Kesultanan Kalimantan Barat bertempat di Auditorium ‘Borneo Cultures Museum’ baru-baru ini.
Seminar yang diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang anjuran pelajar Tahun 3 Program Pengurusan Seni di bawah kursus GKP3253 seminar pengurusan seni ini diadakan sebagai inisiatif untuk memperkasa pemahaman masyarakat terhadap sejarah Kesultanan Kalimantan Barat serta kepentingan pemeliharaan warisan budaya tempatan.
Seminar ini telah menampilkan panel penceramah jemputan, Pangeran Ratu Dr. Raden Muhammad Tarhan, yang akan berkongsi ilmu berkaitan sejarah awal dan keunikan seni bina Istana Kesultanan Kalimantan Barat serta memperkenalkan kepentingan pemeliharaan warisan budaya kepada generasi muda.
Menurut pihak penganjur, seminar ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai sejarah tempatan, malah menjadi platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran pengurusan acara, komunikasi profesional, dokumentasi dan kerjasama berpasukan dalam suasana sebenar penganjuran program.
Antara objektif utama seminar ini adalah meningkatkan pemahaman peserta terhadap warisan seni bina tradisional Istana Kesultanan Kalimantan Barat, dan memberi pendedahan mengenai nilai sejarah, budaya dan estetika seni bina Melayu tradisional serta memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan warisan budaya dan seni bina tradisional.
Seramai lebih 100 orang terdiri dari pelajar dan kakitangan UNIMAS, serta masyarakat setempat, telah hadir memeriahkan seminar ini.



