July 15, 2024

9 Mei 2024, KOTA SAMARAHAN – Pelajar tahun 3 Drama dan Teater, UNIMAS akan mengadakan pementasan Teater Fizikal Si Tanggang yang merupakan Projek Tahun Akhir. Pengarah Pementasan Teater Fizikal Si Tanggang; Debra Emellyn Racha, pelajar tahun tiga Drama dan Teater, dibantu oleh 5 orang krew produksi dan 5 orang pelakon yang juga merupakan pelajar Tahun 3, Drama dan Teater UNIMAS.

Selain itu, mereka juga mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan murid-murid tingkatan 4 Bidang Teater Sekolah Seni Malaysia Sarawak untuk pementasan ini. Pementasan Teater Fizikal Si Tanggang ini akan menyajikan kelainan dengan pementasan gabungan gerak tubuh, ekspresi wajah dan dimensi emosional cerita rakyat yang disebar luas dalam teater ini nanti.

Pementasan ini akan dipentaskan di Panggung Eksperimen, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS pada 11 dan 12 Mei 2024. Penempahan tiket boleh dibuat secara dalam talian melalui media sosial atau imbas kod yang tertera di poster pementasan tersebut.

Sememangnya, pihak produksi berbesar hati menjemput orang ramai untuk hadir dan menonton pementasan ini. Sokongan daripada orang ramai dilihat mampu mendorong dan meningkatkan kualiti seni persembahan di Sarawak.

Disediakan oleh:

Kavitha Thiagaraja

image_printPrint Article