May 15, 2024

Program FEng Ikhlas Ramadan telah diadakan dengan jayanya pada 24 Mac 2024 yang melibatkan agihan bubur lambuk dan nasi beriani serta majlis berbuka puasa bersama komuniti di Taman Mesra Bako. Aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk dan nasi beriani dilaksanakan bersama komuniti Taman Mesra Bako dan staf FEng yang telah diketuai oleh Pn Nur Syuhada Zauzi.

Turut diadakan sama adalah penyampaian sumbangan kepada 30 orang asnaf di Taman Mesra Bako yang telah ditaja oleh JAKIM Sarawak dan sumbangan ini telah diserahkan melalui Ketua Kampung Taman Mesra Bako, Tn Hj. Lair.

Semoga program seumpama ini sentiasa dapat diteruskan selari dengan visi universiti yang memacu dan mengeratkan hubungan, berkongsi tanggungjawab dalam segala bentuk bersama komuniti setempat dan seterusnya mengeratkan lagi ikatan ukhwah di antara staf Fakulti Kejuruteraan dan komuniti. Semoga juga amalan sedekah di bulan Ramadan mulia ini dapat mendidik jiwa ke arah kebaikan dan istiqamah dalam melakukan perkara-perkara yang baik.

Disediakan oleh : Dr. Mohamad Iskandar bin Jobli, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS

Disunting oleh : Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin, UNIMAS Corporate

image_printPrint Article/Press Release