October 1, 2026

Kota Samarahan, 1 Oktober 2026 – Majlis Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sesi 2025/2026 telah berlangsung di Galeri, DeTAR Putra, UNIMAS, pada 28 September lepas.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu turut dihadiri oleh tetamu jemputan serta pengurusan tertinggi UNIMAS. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan UNIMAS Gemilang, diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa.


Yang Dipertua MPP Sesi 2025/2026, Saudari Nur Imanina Syafiqah binti Abdul Ghani, turut menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut sebagai tanda berakhirnya tempoh perkhidmatan barisan MPP bagi sesi 2025/2026.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan pembubaran MPP Sesi 2025/2026 oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, YBhg. Prof. Ir. T.S. Dr. Al-Khalid bin Hj. Othman.

Sebagai simbolik peralihan kepimpinan, majlis turut menyaksikan pelantikan barisan MPP Sesi 2025/2026 sebagai Caretaker sehingga pelantikan MPP Sesi 2026/2027. Pelantikan tersebut menandakan kesinambungan fungsi dan urusan MPP sementara menantikan pembentukan barisan MPP bagi sesi yang seterusnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan MPP Sesi 2025/2026 atas segala komitmen, kerjasama dan jasa yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.