September 11, 2026
Program AIoT Outreach 1.0 dan 2.0 di SK Batu Kitang dan SK Goebilt, Kuching, Sarawak.

Kuching, 6 Ogos dan 3 Disember 2025— Menyedari kepentingan memberi pendedahan awal kepada generasi muda kini, Kumpulan Penyelidikan AIoT UNIMAS yang diketuai oleh Professor Madya. Ir. Dr. Kuryati Kipli, bersama rakan industi Onemedicare Sdn. Bhd., Akademi Sains Malaysia, dan Black Dot Management Sdn. Bhd., telah menjayakan dua siri program AIoT Outreach Programme 1.0 dan 2.0. Program ini merupakan khidmat komuniti yang membuka ruang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengenali dunia Internet of Things (IoT) dengan cara yang menyeronokkan.

Sesi bergambar bersama barisan penganjur, fasilitator dan para peserta Program AIoT Outreach 1.0 yang berlangsung di SK Batu Kitang, Kuching, Sarawak.

Siri pertama: AIoT Outreach Programme 1.0, berlangsung pada 6 Ogos 2025 di SK Batu Kitang bersama-sama 60 murid dari Tahun 5 dan 6. Sejak awal program, wajah ceria para peserta jelas menggambarkan keterujaan mereka. Mereka bukan sahaja mendengar pengenalan tentang IoT, malah dapat melihat sendiri bagaimana teknologi berfungsi dalam kehidupan sebenar.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ir. Dr. Kasumawati Lias selaku Pengerusi Program, sebelum diteruskan ke sesi pertama iaitu pengenalan mengenai IoT yang disampaikan oleh Ir. Dr Then Yi Lung kepada murid-murid di SK Batu Kitang.

Sesi pertama iaitu pengenalan kepada IoT telah disampaikan oleh Ir. Dr Then Yi Lung. Semasa sesi ini, murid-murid diberi penerangan mengenai apa itu IoT dan bagaimana ia digunakan dalam kehidupan harian seperti rumah pintar, sistem cuaca pintar dan lampu automatik. Murid-murid juga mengambil bahagian dalam permainan ringkas bagi menjadikan topik ini lebih menarik dan mudah difahami

Sesi kedua pula memberi pendedahan mendalam dimana murid-murid melihat contoh aplikasi sebenar IoT yang menampilkan 4 IoT stesen (Sensor, Smart Farming, Robotic dan Waverover). Mereka melihat sendiri cara projek IoT berfungsi, termasuk pemantauan suhu dan kawalan lampu automatik. Penerangan mengenai peranan sensor membantu pelajar memahami bagaimana sesuatu sistem IoT bertindak balas kepada persekitaran selain memberi mereka gambaran jelas bagaimana teknologi IoT dan robotik berfungsi dalam situasi sebenar.

Sesi kedua menampilkan demonstrasi IoT di Stesen Robotik, di mana AIoT Ambassador mempersembahkan Light & Line Robot. Murid-murid melihat bagaimana robot ini bergerak mengikut cahaya dan garis menggunakan sensor.

Detik paling menyeronokkan ialah apabila mereka menghasilkan projek IoT mini secara berkumpulan semasa sesi ketiga. Setiap kumpulan diberi peluang untuk mencuba sendiri proses coding dan menguji IoT menggunakan micro:bit. Dengan bimbingan fasilitator, mereka berjaya menghasilkan aplikasi IoT asas, sekali gus menanam keyakinan untuk menerokai teknologi dengan lebih mendalam. Di akhir sesi ini, setiap kumpulan berkongsi projek yang mereka bina serta apa yang telah dipelajari. Aktiviti ini telah membuka mata ramai murid bahawa teknologi bukanlah sesuatu yang rumit, tetapi sebenarnya boleh dipelajari melalui permainan, kreativiti dan kerjasama bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SK Batu Kitang, terutamanya Guru Besar, Puan Rassidah Binti Hj Ahmat Sahari, serta para guru yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan tenaga dan masa bagi menjayakan program ini.

Murid-murid kelihatan tekun mencuba sendiri proses coding dan menguji peranti micro:bit dengan bimbingan fasilitator semasa sesi ketiga

Momentum itu diteruskan melalui Siri kedua: AIoT Outreach Programme 2.0, yang diadakan pada 3 Disember 2025 di SK Goebilt, Kuching. Program kali ini melibatkan seramai 60 orang murid Tahun 4, 5 dan 6. Dengan kerjasama Black Dot Management Sdn. Bhd. dan One Medicare Sdn. Bhd., program ini membawa pengalaman yang menyeluruh dari sesi pengenalan IoT, sesi demonstration sehinggalah ke aktiviti hands-on dimana para peserta diberi peluang menyentuh, mencuba dan menguji sendiri teknologi tersebut. Bukan sedikit kegembiraan yang terpancar apabila mereka berjaya membuat peranti IoT asas berfungsi melalui kod yang mereka taip sendiri.

Sesi bergambar bersama barisan penganjur, fasilitator dan para peserta Program AIoT Outreach 2.0 yang berlangsung di SK Geobilt, Kuching, Sarawak.
Kedua-dua program AIoT Outreach 1.0 dan 2.0 telah dipengerusikan oleh Ir. Dr. Kasumawati Lias, yang turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran keseluruhan pelaksanaan program
Sesi pertama mengenai pengenalan IoT yang disampaikan oleh Dr Dyg Norkhairunnisa binti Abang Zaidel
Sesi kedua menampilkan demonstrasi IoT di Stesen Robotik, di mana AIoT Ambassador mempersembahkan Cat & Dog Robot.
Kakitangan One Medicare turut membantu memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang aktiviti berlangsung. Gambar diambil semasa sesi ketiga: Hands-on Activity: Micro:bit

Seperti siri pertama, program kedua ini turut menekankan pembentangan idea melalui sesi poster. Di sinilah keberanian dan kreativiti pelajar terserlah apabila mereka berkongsi apa yang dipelajari dan bagaimana teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah di sekeliling mereka. Setiap idea yang dikongsi sebenarnya merupakan bibit awal lahirnya generasi pereka cipta dan inovator negara.

Sesi pembentangan oleh wakil kumpulan yang berkongsi hasil projek micro:bit yang dipelajari  semasa sesi ketiga.

Keseluruhan pelaksanaan kedua-dua siri program ini membawa mesej yang penting kepada generasi muda iaitu teknologi itu bukan sekadar alat, tetapi peluang untuk mereka menggapai Impian dan cita-cita yang lebih besar, berfikir lebih kritikal dan berani menerokai apa yang mereka belum kenal. Dengan sokongan padu daripada pensyarah, fasilitator mahasiswa, rakan industri dan pihak sekolah, program ini bukan sekadar pendedahan, tetapi langkah kecil yang memberi impak besar kepada masa depan pendidikan STEM di Sarawak.

UNIMAS bersama semua rakan strategik amat berharap agar lebih ramai pelajar dapat menikmati peluang seperti ini pada masa hadapan. Jika minat dan kesedaran tentang teknologi dapat disemai sejak usia muda, tidak mustahil generasi inilah yang akan memacu Malaysia ke arah masa depan digital yang lebih inovatif.

Ketua Projek: Prof. Madya Ir. Dr Kuryati Kipli
AIoT 1.0AIoT 2.0
Guru Besar SK Batu Kitang: Puan Rassidah Binti Hj Ahmat Sahari

Industri: One Medicare Sdn. Bhd. & Akademi Sains Malaysia (including the Sarawak Chapter)
Ts. PMr, Br. Ir. Lau Yew Nen (CEO)
Mohd Fahmi Naim bin Mohamad Fathi
Mohd Azri bin Roslan
Siti Nurbaya Binti Tamin

AJK
Ir. Dr Kasumawati Lias
Tc Johari Abdul Karim
Dr Dayang Nur Salmi Dharmiza Awang Salleh
Prof. Madya Ts. Dr Dayang Azra Awang Mat
Ir. Dr Then Yi LungProf. Madya Ts.
Dr Rohana Sapawi
Dr Dyg Norkhairunnisa Abang Zaidel

Fasilitator
Mohd. Khairul Syazwan Kamisli
Chin Yan Kim
Nuramira binti Zakaria
Kong Eng Hui
Monica Sara anak Willie
Rahman bin Kassim
Guru Besar SK Geobilt: Ustaz Juneiyadi Ahmataku

Industri:  
Ts. PMr, Br. Ir. Lau Yew Nen (CEO, Onemedicare Sdn. Bhd.)
Ts. Gs. Br. Noor Nikman Salleh (Director, Black Dot Management Sdn. Bhd.)
Dayang Nurul Fatin Binti Awang Ideris
Loritha Anak Bunsu
Nazzlilywanni Binti Roslan

AJK
Dr Dyg Norkhairunnisa binti Abang Zaidel
Profesor Madya Ts Dr Rohana Sapawi
Ir Dr Then Yi Lung
Profesor Madya Ts Dr Dayang Azra binti Awang Mat
Dr Annie ak Joseph
Ts. Dr Kho Lee Chin
Ir. Dr Kasumawati Lias
Nur Alia Athirah Binti Hj Mohtadzar
Tc. Johari bin Abdul Karim
Safaraliwati bt Ghazali
Mohd Khairul Syazwan Kamisli

Fasilitator
Mohd Alif Syazwan bin Seruji
Mohammad Aiman Asyraf bin Mohd Jefri
Nuramira binti Zakaria
Kong Eng Hui
Saidun bin Sebli
Ahmad Yaasin Rahmatullah bin Mohamad Lotfi
Melvin Ling Guo Kai  

Laporan disediakan oleh Prof. Madya Ir. Dr Kuryati Kipli