March 18, 2025

Engineering: Expectations vs Reality

Graduate Professional Program (GPP) 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 Mei 2024 bertempat di Auditorium PETARY, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini merupakan kerjasama diantara Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) dengan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) Fakulti Kejuruteraan (FEng) UNIMAS. Matlamat penganjuran GPP adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar FEng berkaitan dengan profesion kejuruteraan.

Forum kerjaya bertajuk “Engineering: Expectations vs Reality” telah disampaikan oleh para penceramah yang merupakan Alumni Feng, UNIMAS yang terdiri daripada Ts. Br. Ir. Lau Yew Nen (Acting CEO One Medicare Sdn Bhd), Ts. Michael Sampar Enchang (Head of Region – East Malaysia – Dwisolar Sdn Bhd) dan Melanie Libby Aras (Project Completion Engineer, Brooke Holding Sdn Bhd).     

Program ini turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Faisal Ali Bin Anwarali Khan (Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) UNIMAS, Dr Edris Bin Aden (Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) UNIMAS), Dr Ervina Junaidi (TDHEPA FEng) dan Pelajar FEng UNIMAS.

Terima kasih kepada PPP diatas penganjuran program GPP, penglibatan para penceramah untuk berkongsi pengalaman industri dan pelajar FEng UNIMAS yang hadir dan menyokong program ini. Sesi yang penuh inspirasi yang dipenuhi dengan nasihat praktikal amat signifikan bagi Graduan untuk menentukan hala tuju kerjaya yang lebih jelas dimasa akan datang.

Talent Recruitment & Career Exhibition 2024
Disediakan oleh: Dr. Ervina Binti Junaidi, Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS