Oleh Hadijah Morni, Hamizan Sharbini & Seleviawati Tarmizi

Tarikh 14 Februari 2024 menandakan genap 30 tahun Profesor Dr Narayanan Kulathu Ramaiyer berkhidmat 30 di UNIMAS.

Dalam tempoh tersebut, mantan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini aktif memberi sumbangan tidak ternilai.

Nama beliau tersohor terutama dalam memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Bumi Kenyalang.

Profesor Narayanan juga seorang mentor, inovator, dan pemikir.

Melalui dedikasinya, beliau membimbing generasi baharu dengan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan.

Selain itu, pencapaian Prof Narayanan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau memberikan impak yang signifikan dalam bidang akademik dan industri.

Beliau tidak hanya meninggalkan jejak dalam bentuk penerbitan ilmiah.

Beliau juga berjaya memahat memori indah dalam hati mahasiswa dan rakan sekerja.

Legasi beliau akan terus dikenang, memberi inspirasi kepada semua.

image_printPrint Article/Press Release