May 14, 2024

KOTA SAMARAHAN, 1 Februari 2024Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah disenarai pendek oleh Times Higher Education (THE) Awards Asia 2024 untuk 3 kategori berikut:

  1. International Strategy of the Year: “UNIMAS Global High Impact Project Initiatives”
  2. Research Project of the Year: Arts, Humanities and Social Sciences “Willingness to share Malay Culture Heritage with the Sarawak Museum Collection”
  3. Technological or Digital Innovation of the Year: “Electronic Mentormentee Engagement Reporting System (eMentors): How UNIMAS Ingrains Mentoring and Coaching in Workplace”.

Pencapaian ini juga cukup membanggakan iaitu daripada 600 penyertaan dari seluruh Asia yang dihantar bagi tahun 2024 ini, UNIMAS satu-satunya universiti  di Malaysia yang telah disenarai pendek dalam 3 kategori di Times Higher Education Awards Asia 2024.

Ini juga merupakan kali kedua UNIMAS telah disenarai pendek di dalam 3 kategori iaitu pada tahun 2020 yang lepas yang mana universiti ini telah berjaya memenangi kategori Excellence and Innovation in the Arts. Pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk permulaan tahun baharu 2024 kepada kumpulan penyelidik dan warga UNIMAS untuk terus berusaha dalam menerokai sumber dan ilmu baharu dalam bidang penyelidikan, akademik, pengajaran dan pembelajaran khususnya serta memperkasakan visibiliti UNIMAS di peringkat global.

Disediakan oleh:

Zulkarnaen Ali

Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin

UNIMAS Corporate

image_printPrint Article/Press Release