Pada 29 November 2023, Para pelajar Strategik Komunikasi Tahun 4 daripada Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS telah mengadakan satu kempen anti-buli di bawah bimbingan Dr. Vimala a/p Govindaraju, Pensyarah UNIMAS, di Sekolah Kebangsaan Madarasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Petrajaya Kuching. Seramai 191 orang murid-murid darjah enam  telah menyertai program anti buli ini.

Inspektor Mohd Hafiz bin Lokman, Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah polis daerah Kuching telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kesedaran anti buli kepada para pelajar yang menyertai kempen ini.

Pengerusi Program “Kempen Anti-Buli” Vuitton Low, Dr. Vimala Govindaraju Penasihat Program, Encik Jeffrey Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Mohd Hafiz bin Lokman Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah polis, Cikgu Azizi bin Anding dan guru-guru.

Fasilitator dan murid-murid melakukan aktiviti Animal Squat.

Sepanjang jangka masa kempen, aktiviti-aktiviti seperti Animal Squat, Stand up, Stand Strong and Stand Together juga dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara para murid dan fasilitator.

Murid Darjah Enam mendengar taklimat PK Hem.

“Sekiranya anda terjebak dengan kegiatan buli, bukan sahaja nama anda yang akan tercemar malah hal ini bagai menconteng arang di muka ibu bapa” kata Encik Jeffery bin Norjilii,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Madarasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.

Tambahan pula, Encik Jeffery bin Norjili juga menyatakan, setakat ini tiada kes buli yang berat terjadi sepanjang beliau berkhidmat di sekolah tersebut. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UNIMAS kerana telah menganjurkan program ini di sekolah mereka.

“Kempen ini amat bermanfaat kepada pelajar kerana ia suatu pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam sekolah menengah supaya mereka boleh membezakan antara baik dan buruk dalam konteks buli” katanya.

Murid Darjah Enam SK Madarasah yang menyertai kempen anti-buli.

Menurut beberapa orang murid yang ditemu ramah mengenai perasaan mereka setelah mengikuti kempen anti-buli ini, mereka semua meluahkan rasa gembira dan teruja kerana dapat ilmu baru dan juga dapat mengikuti pelbagai aktiviti berkumpulan yang dapat mengukuhkan lagi semangat berpasukan dan silaturrahim mereka.

Disediakan oleh: Aisya Syakira, Nur Atiqah Quratulaini, Shane Philip, Lovena Heavenllie dan Dr Vimala Govindaraju

image_printPrint Article/Press Release
P