May 14, 2024

Oleh Hamizan Sharbini

Bersempena seminar The Fifth International Webinar Series Data Science and Its Applications (IConSSE) yang berlangsung di Fakulti Sains dan Matematika (FSM), Universitas Kristen Satya Wacana, Jawa Tengah, Indonesia, pada 21 September 2023, Prof. Dr. Jane Labadin dari Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diundang sebagai pembentang utama.

Seminar bertujuan membina platform kolaboratif di mana para pakar, pemain industri dan mahasiswa bertukar pendapat, pengetahuan dan pengalaman berkaitan sains data.

Dalam seminar ini, Prof. Jane turut berkongsi kepakaran tentang strategi pembangunan bidang sains data.

Perbincangan interaktif dan sesi soal jawab memberi peluang kepada peserta mendalami berkaitan aplikasi bidang ini dalam pelbagai industri.

Selain itu, Prof. Dr. Jane turut menyentuh mengenai cabaran dan peluang yang dihadapi para profesional dan akademia berkaitan sains data.

HaI ini termasuk manfaat yang diperoleh dalam inovasi yang berkaitan.

image_printPrint Article/Press Release