SEMENGGOK: Penyelidik FSKTM telah mempamerkan projek kerjasama diantara Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Unimas dan Fakulti Kejuruteraan Unimas bersama industri Lembaga Lada Malaysia bersempena perasmian Stesen Penyelidikan Lada di Semenggok, Kuching.

Stesen ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi.

Pelajar FSKTM yang terlibat merupakan pelajar sarjana, Welma Qasheeda Halek dan pelajar tahun akhir, Albert Aliam seliaan pensyarah kanan Ts. Ahmad Hadinata Fauzi.

Dengan gabungan teknologi sistem rangkaian,  Internet benda (IoT) dan pembangunan aplikasi, sistem ini berjaya dibangunkan.

Meskipun semasa memulakan projek, negara dalam proses pemulihan pasca COVID-19, namun ia tidak menghalang mereka menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan.

YAB TPM memuji usaha Unimas yang giat membantu penanm lada bagi menambah nilai dalam penghasilan lada.

Sistem IoT ini mampu meningkatkan harga tuaian lada hampir dua kali ganda.

Diharapkan projek ini menjadi inspirasi bagi warga Unimas dalam menghasilkan lebih banyak kolaborasi masyarakat dan menjadikan ICT signifikan kepada negara.

Laporan disediakan oleh Hamizan Sharbini.

image_printPrint Article/Press Release