
Pada 25 Oktober 2025, Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, telah menganjurkan Program Kepimpinan dan Jalinan Ukhuwah bertempat di Borneo Keranji Farm, Bau.
Program ini merupakan inisiatif julung kali diadakan sejak penubuhan Jabatan Perubatan Keluarga, dengan objektif untuk memperkukuh kepimpinan, semangat kerjasama, dan ukhuwah antara staf akademik, jururawat, pegawai, serta warga jabatan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk sesi kepimpinan dan aktiviti berpasukan yang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga jabatan.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Kepimpinan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS Leadership Centre) atas peluang dan sokongan dalam penganjuran program ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Kamarudin Kana, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, barisan pensyarah, urusetia program, serta semua yang turut serta menjayakan acara bermakna ini.
Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada kesinambungan budaya kerja berpasukan dan ukhuwah yang lebih kukuh dalam kalangan warga Jabatan Perubatan Keluarga.
