November 3, 2025

Kuching, 22 September 2025 (Isnin) – Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Chung Hua No. 1, 3 dan 4 telah menganjurkan satu sesi ceramah bertajuk “Program Kecerdasan Buatan” yang disampaikan oleh Profesor Dr. Teh di Auditorium Sekolah Menengah Chung Hua No. 1.

Sesi ceramah yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang itu telah dihadiri seramai 140 orang guru daripada Sekolah Menengah Chung Hua No. 1, 3 dan 4.

Gambar 1: Isi kandungan dipersembahkan dalam dua bahasa

Dalam ceramah tersebut, Profesor Dr. Teh menekankan kepentingan pendidikan digital serta penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang kini semakin menjadi sebahagian penting dalam dunia pendidikan dan kehidupan seharian. Antara inti pati utama yang diketengahkan termasuklah:

  • Peranan baharu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan AI.
  • Pengetahuan teknikal asas berkaitan AI untuk mendukung inovasi dalam bilik darjah.
  • Potensi AI dalam memperluas peluang pendidikan tanpa batasan.

Melalui perkongsian ini, para guru mendapat pendedahan lebih mendalam tentang bagaimana teknologi AI dapat dimanfaatkan secara berkesan dalam proses pembelajaran di sekolah. Usaha ini sekali gus menyokong transformasi pendidikan selaras dengan tuntutan era digital masa kini.

Gambar 2: Sesi penyampaian hadiah oleh Mr Kuang Wei Hua, Setiausaha Agung, Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Chung Hua N0.1, 3 & 4, Kuching, Sarawak kepada Profesor Dr Teh Chee Siong (FSKPM, UNIMAS)

Gambar 3: Sin Chew Daily (25 Sept 2025)

Gambar 4: See Hua Daily News (25 Sept 2025)

Artikel ini disumbangkan oleh Profesor Dr Teh Chee Siong