September 22, 2025
WhatsApp Image 2025-09-22 at 14.27.59 (1)

Seramai 36 orang pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) UNIMAS telah terlibat dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS Universiti Awam Ke-21 Tahun 2025 di UTEM Melaka sebagai tuan rumah. Secara keseluruhanya seramai 942 pelatih Kor SUKSIS dari 19 UA telah menerima sijil pelantikan pada tahun ini.

Pelatih UNIMAS yang menerima sijil pelantikan adalah seperti dibawah:

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) – 8 Orang
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) 6 orang
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) – 6 orang
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) – 5 orang
Fakulti Kejuruteraan – 3 orang
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) – 3 orang
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) – 3 orang
Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi (FPBK) – 2 orang

Tahniah dan syabas buat 19 Siswi dan 17 Siswa dari UNIMAS yang berjaya menamatkan latihan dan dilantik sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor SUKSIS) di majlis yang cukup gemilang yang disempurnakan oleh Yang Dihormati IG Dato’ Sri Hj Mohd Khalid Hj Ismail, Ketua Polis Negara.

Tahniah kepada Saudari Nurul Efina Binti Rosman, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) yang dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Sempena Perbarisan Tamat Latihan.

Saudara Leong Lee Chieng turut dianugerahkan Pelatih Terbaik Akademik, Fakulti Kejuruteraan (FK) manakala Saudara Dzulfahdzli Bin Zakaria, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) menerima Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan komitmen pelatih SUKSIS dalam menimba ilmu kepolisan dan keselamatan komuniti, malah juga mencerminkan dedikasi UNIMAS dalam melahirkan graduan yang berdisiplin, berkemahiran dan berjiwa sukarelawan.

Turut hadir bersama dan membimbing pasukan Kor Suksis kita, YDH SAC Dr Parusuraman Subramanian, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, YDH ACP/KS Prof Dr Ahmad Hata Rasit, Komandan Kor SUKSIS UNIMAS, SUPT./KS Prof Ts Dr Faisal Ali Anwarali Khan, Timbalan Komandan Kor SUKSIS UNIMAS, DSP/KS Rajan Thangaveloo Ajutan Kor SUKSIS UNIMAS, ASP Linggi ak Tawi Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UNIMAS, dan ASP/KS Thian Foong Fatt, Pegawai Latihan Akademik Kor SUKSIS UNIMAS.