
Disediakan oleh Muhammad Qhidir Mat Isa
Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) UNIMAS bersama-sama SMK Agama Matang 2 dengan jayanya telah mengadakan Program Permukiman Kecemerlangan SPM Tahun 2025. Program. persediaan SPM ini turut mendapat kerjasama erat daripada Pejabat DUN Pantai Damai bagi menyantuni kesemua 110 orang Tingkatan 5 SMK Agama Matang 2.
Pemukiman ini berlangsung selama tiga hari dua malam dengan dibantu oleh Kolej Cempaka serta Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS). Menurut pengurusan sekolah program tahunan ini dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan pencapaian akademik murid dalam semua mata pelajaran teras dan elektif. Bagi mencapai tujuan tersebut, strategi utama ditumpukan sepanjang tiga hari terdiri daripada pendekatan pengajaran berfokus, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri pelajar terutama memberikan pelajar suasana pembelajaran baharu dan selesa kampus.

Sepanjang tiga baru program, beberapa penceramah pakar mata pelajaran telah didatangkan khas untuk berkongsi panduan, teknik dan modul pembelajaran terbaik dan bersistematik antaranya Ustazah Liza Narawi, Cikgu Azizah Farizah Hussain, Cikgu Mohd Rifky Affendi, Cikgu Latip Acai dan Cikgu Christina Tan. Selain itu, UNIMAS turut menawarkan khidmat ceramah daripada pakar kaunselor dan kesihatan mental, iaitu Encik Lawrence Sengkuai.


Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Hj. Ahmad Hata Rasit turut berkata sokongan aktif FPBK terhadap permohonan sekolah-sekolah amat bertepatan dengan gerak kerja FPBK yang kini dalam persediaan membuka penawaran program-program pendidikan seperti Sarjana Muda Bahasa Melayu dan Sarjana Muda Bahasa Iban bagi memenuhi kekurangan guru di Sarawak. FPBK jelas beliau lagi merupakan barisan hadapan UNIMAS bagi menyantuni keperluan sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan UNIMAS. Beliau turut mengulangi iltizam terutama peringkat tertinggi UNIMAS untuk menjayakan moto baharu iaitu, “Community Driven University for a Sustainable World”

Pengetua Sekolah SMK Agama Matang 2 dalam ucapannya turut berkata, pihak sekolah pada tahun ini menyasarkan peningkatan gred “A” dalam semua mata pelajaran yang diambil oleh pelajar Tingkatan 5 tahun ini. Beliau turut berkongsikan falsafah nama “ACE-A” yang menjadi lambang komitmen jitu pihak sekolah untuk bukan sahaja lulus tetapi mencapai kecemerlangan dalam semua prestasi subjek melalui kerjasama strategik bersama-sama pusat kecemerlangan seperti UNIMAS.

Damien berharap agar pelajar-pelajar yang berkunjung dan belajar di UNIMAS dapat memanfaatkan sebaik-baiknya ruang diberikan untuk berjaya dalam peperiksaan percubaan akan datang dan sekali gus peperiksaan SPM kelak.

Majlis ditangguhkan oleh Yang Berbahagia, Prof Dr. Hj. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor UNIMAS. Turut hadir ialah Dr. Dilah Tuah, Dekan Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi, Tuan Haji Mohamad Zaky Gardafi Ibrahim, Pengarah Pusat Islam Tun Abang Salahuddin; dan En Raya Kechil, Yang Dipertua PIBG SMKA Matang 2