September 25, 2024

– oleh Encik Mohd Hadzan Bin Mos

Staf yang menghadiri program Team Building Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.

Pada tarikh 12-14 September 2024, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) telah mengadakan program Team Building  yang diadakan di Union Yes Retreat and Training Center.

Penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan staf di fakulti dan akan menjadi satu platform untuk memperkembangkan potensi diri, membaiki komunikasi serta memperkasakan semangat kerjasama antara staf pentadbiran. Adalah dipercayai program ini akan dapat memantapkan lagi keyakinan dan meningkatkan semangat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih professional.