September 11, 2024
Kota Samarahan, 19 Jun 2023 – Pelajar Pengurusan Seni Tahun ke-3 telah menganjurkan seminar pelajar yang bertajuk "Meneroka Potensi Pelancongan Lestari di Indonesia dan Malaysia". Majlis ini telah dihadiri tetamu kehormat, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching iaitu, Yang Berusaha Raden Sigit Witjaksono, sekaligus sudi menjadi penceramah yang akan mengupas isu ini pada majlis tersebut. Seminar ini diadakan di Dewan Utama, PITAS (Pusat Islam Tun Abang Salahuddin) pada pukul 2:00 petang. Program ini juga turut dikendalikan bersama oleh Persatuan Pelajar Indonesia, sebagai inisiatif dan dedikasi untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.