September 11, 2024

Kota Samarahan, 7 November 2023: Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-27, menyaksikan seramai 3,897 orang graduan akan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

Konvokesyen yang bermula  pada 6 November 2023, semalam akan diteruskan selama 4 hari lagi, sehingga 9 November 2023 (Khamis) yang melibatkan 7 sidang. Pengisytiharan Konvokesyen ke-27 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak pada sidang pertama.

Pada sidang ketiga sebelah petang ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS. Pada sidang keempat ini akan melibatkan pengurniaan 503 graduan, 351 graduan dari Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), 152 graduan.

Konvokesyen UNIMAS ke-27 ini juga turut memberikan penyampaian anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan yang terpilih menerusi kecemerlangan mereka dalam akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian di universiti ini. Anugerah ini akan diberikan kepada graduan di peringkat Sarjana Muda. Manakala, 3354 orang graduan terdiri daripada graduan prasiswazah akan diraikan pada Selasa sehingga Khamis yang akan melibatkan sidang pagi dan petang.

Disediakan oleh:

Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin

UNIMAS Corporate