September 10, 2024
Kota Samarahan, 14 April 2023 : Program Sungkey UNIMAS yang diadakan saban tahun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga kampus. Berkonsepkan tempat yang terbuka dengan pemandangan kampus yang indah di Chancellory Bucida Square, para pelajar dan staf boleh mengambil peluang ini untuk beramah mesra selain berkongsi rezeki dengan juadah yang disediakan.