May 28, 2026

16 Mei 2026, Universiti Malaysia Sarawak– Majlis Apresiasi Program Doktor Muda Dalam Komuniti (DMDK) bagi Kursus Kesihatan Keluarga Tahun 2, Sesi 2025/2026 melibatkan Kampung Pengkalan Tebang, Kampung Tringgus Bong, Kampung Tringgus Matan Nguan dan Kampung Tringgus Rabak Rotan, Bau Sarawak telah berlangsung dengan jayanya di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS .

Penganjuran Majlis Apresiasi ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen, kerjasama serta dedikasi keempat-empat ketua kaum, keluarga-keluarga angkat, para pelajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini terbahagi kepada dua iaitu tahun satu dan tahun dua.

Kampung Tringgus Bong diketuai oleh Ketua Kaum Media anak Sitat merupakan tuan rumah bagi Program Doktor Muda Dalam Komuniti Tahun 2 manakala Ketua Kaum Nelton anak Losia dari Kampung Pengkalan Tebang pula adalah tuan rumah bagi DMDK tahun 1. Saudara Kishor Kumar Devar A/L Udayasurian mengetuai pelajar bagi program ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dekan FPSK, Profesor Dr. Asri bin Said. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Profesor Dr. Anselm Su Ting, Penyelia-penyelia Lapangan, Juruteknologi Makmal Perubatan FPSK, staf-staf FPSK dan PITAS. Pelbagai aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan komuniti telah dijalankan sepanjang program termasuk sesi yoga oleh Yogini Studio, ceramah kesihatan oleh Dr. Marlynna Sarkawi, aktiviti saringan kesihatan, pemeriksaan fizikal osteoartritis (OA), sesi konsultasi kesihatan serta pameran pendidikan kesihatan.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Asian Medical Student’s Association (AMSA) UNIMAS, Yogini Studio dan Dr. Mohamed Redduan bin Mohamed Atta daripada Pusat Dialysis Cahaya, Kuching. Program ini bertemakan “3H : Healthy Moves, Healthy Joints, Healthy Life” yang berkaitkan dengan penyakit osteoarthritis dan aktiviti fizikal. Selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dan pencegahan osteoartritis, program ini juga memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk memperkukuhkan kemahiran komunikasi, pemeriksaan klinikal dan pendekatan kesihatan komuniti secara langsung bersama masyarakat luar bandar. Program susulan yang telah dijalankan selama dua tahun ini turut memperlihatkan hubungan erat dan kerjasama berterusan antara pihak universiti dan komuniti setempat.

Penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada komuniti, rakan kolaborasi, jawatankuasa pelaksana dan individu yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sekalung Penghargaan kepada:

– Prof. Dr. Asri bin Said, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS

– Prof. Dr. Anselm Su Ting, Ketua Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam

– Prof. Madya Dr. Deburra Peak Ngadan, Penyelaras Klinikal Kursus Kesihatan Keluarga

– Dr. Law Leh Shii, Penyelaras Kursus Kesihatan Keluarga II

– Puan Faridah binti Mohamed, Pegawai Pembangunan Masyarakat

– Dr. Marlynna Sarkawi, Penceramah Jemputan Program DMDK

– Encik Eddy anak Nayoi, Pegawai Daerah Bau

– Encik Midia anak Sitat, Ketua Kaum Kampung Tringgus Bong

Tuan Rumah Program Doktor Muda Dalam Komuniti tahun 2

– Encik Nelton anak Losia, Ketua Kaum, Kampung Pengkalan Tebang

Tuan rumah Program Doktor Muda Dalam Komuniti Tahun 1

– Encik Maeh anak Akui, Ketua Kaum, Kampung Tringgus Matan Nguan

– Encik Retar Anak Yasi, Ketua Kaum, Kampung Tringgus Rabak Rotan

– Dr. Mohamed Redduan bin Mohamed Atta, Pusat Dialysis Cahaya, Kuching

– Yogini Studio

– Asian Medical Students’ Association (AMSA) UNIMAS

– Postgraduate Association (PGMED), FPSK

– Saudara Kishor Kumar Devar A/L Udayasurian, Pengarah Program DMDK

– Para pensyarah, staf dan Juruteknologi Makmal Perubatan (MLT) FPSK, UNIMAS

– Para pelajar Program Doktor Perubatan Tahun 2

Dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program DMDK 2026 ini.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini demi memperkukuhkan kesejahteraan komuniti dan pembangunan pendidikan perubatan berasaskan komuniti.

Disediakan oleh: LLS, FM& KKD