December 3, 2025
Kampung Tringgus Bong, 22 November 2025 (Sabtu)
Kampung Tringgus Bong, 22 November 2025 (Sabtu)
Kampung Sadong Jaya, 23 November 2025 (Ahad)

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi rakan kolaborasi kepada Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) melalui Fakulti Sukan dan Sains Eksesais dalam Program Citra Akademik untuk Komuniti dan Alam (CAKNA) 2025. Penyertaan ini mencerminkan komitmen UNIMAS dalam menyokong pembangunan komuniti melalui pendidikan kesihatan dan penglibatan masyarakat secara berterusan.

Program ini berlangsung pada 22 November 2025 di Kampung Tringgus Bongdan23 November 2025 di Kampung Sadong Jaya, dengan sokongan daripada Pejabat Daerah Bau, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Kampung Tringgus Bong dan Kampung Sadong Jaya. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuk:
• Saringan & konsultasi kesihatan serta kecerdasan
• Pendidikan kesihatan berkaitan rabies
• Aktiviti Pinggan Sihat Malaysia
• Ceramah Gaya Hidup Aktif
• Pendidikan pencegahan kecederaan semasa bersenam

Kerjasama ini melambangkan komitmen berterusan UNIMAS dan Universiti Malaya dalam memperkasa masyarakat melalui pendekatan akademik, penyelidikan, perkhidmatan kesihatan dan pemindahan ilmu. Selain itu, program ini menekankan kepentingan kelestarian alam dan kesejahteraan komuniti sebagai asas pembangunan mampan.

Syabas dan terima kasih kepada semua staf, pelajar dan agensi yang terlibat atas usaha dan dedikasi menjayakan program ini.