Kampung Pangkalan Tebang, Bau – 10 Mei 2025: Program Doktor Muda Dalam Komuniti (DMDK) UNIMAS telah dilancarkan dengan jayanya dalam satu majlis rasmi yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Prof. Dr. Asri bin Said, bertempat di Balai Raya Kampung Pangkalan Tebang, Bau.

Program DMDK ini adalah anjuran Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS yang diketuai oleh Prof. Dr Jeffery anak Stephen dengan kerjasama daripada 36 buah keluarga dari empat buah kampung terlibat iaitu:
– 10 keluarga dari Kampung Pangkalan Tebang
– 11 keluarga dari Kampung Tringgus Bong
– 8 keluarga dari Kampung Tringgus Matan Nguan
– 7 keluarga dari Kampung Tringgus Rabak Rotan

Seramai 150 orang pelajar perubatan tahun pertama, bersama barisan pakar perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS terlibat secara aktif dalam program ini.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti, di samping memberi pendedahan awal kepada para pelajar.
DMDK merupakan satu pendekatan pembelajaran berasaskan konsep Service-Learning atau pembelajaran melalui khidmat komuniti. Pendekatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk memahami isu-isu kesihatan dalam komuniti secara langsung, malah turut membina nilai empati, kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Tahun 2025 merupakan tahun kedua program ini diadakan di Daerah Bau selepas Kampung Tasik Biru dan Kampung Batu Spit pada tahun 2024. Tema Program Doktor Muda Dalam Komuniti (DMDK) bagi tahun 2025 adalah Healthy Blood, Healthy Life; Overcoming Anaemia Together”.
Pemilihan tema ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran, pemahaman dan tindakan pencegahan berkaitan dengan permasalahan ini.

Antara pengisian utama bagi pelancaran program adalah:
📌Ceramah Kesihatan:”Educational Talk on Anaemia” oleh Dr. Shazrina binti Ahmad Razali
📌 *Pemeriksaan Kesihatan Percuma*: ukuran tekanan darah, indeks jisim badan, tinggi & berat badan, ukuran pinggang dan pinggul.
📌 *Ujian dan Penilaian Berkaitan Anemia* termasuk praujian dan pascaujian untuk menilai pengetahuan kesihatan.
📌 *Aktiviti Interaktif Bersama Keluarga* – temu bual mengenai gaya hidup, pemakanan dan keselamatan rumah.
Sekalung penghargaan kepada:
- Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Prof. Dr Asri bin Said
- Ketua Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Prof Dr Jeffery anak Stephen
- Prof. Madya Dr Deburra Peak Ngadan, Koordinator Klinikal Kursus Kesihatan Keluarga
- Dr Law Leh Shii, Koordinator Kursus Kesihatan Keluarga Tahun 1
- Dr. Shazrina binti Ahmad Razali, Penceramah Jemputan Program DMDK
- Puan Faridah binti Mohamed, Pegawai Pembangunan Masyarakat, UNIMAS
- Barisan Pakar Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS
- Saudara Kishor Kumar Devar, Ketua Pelajar Kursus Kesihatan Keluarga Tahun 1
- Encik Nelton anak Losia, Ketua Kaum Kampung Pengkalan Tebang Bau
- Encik Retar anak Yasi, Ketua Kaum Kampung Tringgus Rabak Rotan
- Encik Midia anak Sitat, Ketua Kaum Kampung Tringgus Bong
- Encik Maeh anak Akui, Ketua Kaum Kampung Tringgus Matan Nguan
- JKKK Kampung Pengkalan Tebang
- Para Pelajar Perubatan Tahun 1
- Ahli-ahli keluarga Program Doktor Muda Dalam Komuniti Kampung Pengkalan Tebang, Kampung Tringgus Rabak Rotan, Kampung Tringgus Bong dan Kampung Tringgus Matan Nguan
Dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program DMDK.