May 21, 2026

Cerminan komitmen mahasiswa UNIMAS dalam aspirasi pembangunan negara

Kota Samarahan: Majlis Bacaan Ikrar Belia Peringkat UNIMAS 2026 telah berlangsung pada 20 Mei 2026 di Dataran BUCIDA, UNIMAS bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 yang diraikan sepanjang bulan Mei.

Bertemakan “Menggerak Belia”, sambutan ini menzahirkan penghargaan terhadap peranan belia sebagai penggerak pembangunan komuniti, kepimpinan masa hadapan dan kesejahteraan negara.

Di peringkat UNIMAS, majlis yang dikendalikan oleh MAKLUM ini menghimpunkan wakil pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Jawatankuasa Perwakilan Fakulti (JPF) serta pelajar daripada pelbagai unit beruniform sebagai simbol perpaduan dan semangat belia kampus.

Majlis telah disempurnakan oleh Komandan Kor SISPA, YS. PPJ. Kehormat (PA) Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Haji Othman, mewakili YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor UNIMAS.

Bacaan Ikrar Belia Malaysia telah dipimpin oleh Saudara Brice Bellamy Lumbai anak Philip, wakil MPP, bersama seluruh wakil pelajar dan unit beruniform yang hadir.

Majlis ini mencerminkan komitmen mahasiswa UNIMAS dalam mendukung aspirasi pembangunan negara, memperkukuh perpaduan, serta menyemarakkan nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan kebersamaan selaras dengan agenda pembangunan belia negara dan Malaysia MADANI.