Oleh Noorhaslina Senin, Yow Chong Lee dan Aliffazraie Jali 

Majlis Penutupan Projek SULAM FSGK dan Kampung Tambirat yang dihadiri oleh KK Sulaiman Lee, KK Sulaiman Saad, KK Mahmud Keri, KK Zamzari Hj Suut dan semua wakil komuniti terlibat serta pelajar dan pensyarah Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus, Program Sinematografi dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS. 

5 JANUARI 2024 – Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (FSGK, UNIMAS) telah menjalinkan kerjasama bersama komuniti dari 4 buah kampung iaitu Kampung Tambirat Hulu, Kampung Tambirat Hilir, Kampung Tambirat Tengah dan Kampung Tambirat Lot, Asajaya selama dua bulan untuk Projek Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM). 

Perlaksanaan projek SULAM yang disokong oleh Pusat Kelestarian Universiti (USC, UNIMAS) merupakan antara usaha UNIMAS bagi menyahut inisiatif KPT dalam mentransformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang autentik dan inovatif. Projek SULAM ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari melalui kursus dan bidang pengajian dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti setempat. 

Projek ini melibatkan 3 program pengajian iaitu Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus dan Program Sinematografi dan ia melibatkan seramai 100 pelajar tahun akhir dan 8 pensyarah. 

Sejak awal November 2023, para pelajar, ketua kampung, pengusaha produk IKS dan wakil belia keempat-empat kampung telah berjumpa beberapa kali untuk membincangkan isu dan cadangan penyelesaian yang mampu membawakan manfaat bersama antara Kampung Tambirat. 

Lawatan pertama pelajar dan pensyarah Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus, Program Sinematografi dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS ke Kampung Tambirat, Asajaya.

Hasil dari kerjasama projek SULAM ini ialah rekaan logo baharu kampung, rekaan logo dan bahan promosi untuk produk-produk IKS seperti belacan, bubuk, cencaluk, ikan kering, kerepek pisang, kuih deram dan gula apong. Pelajar turut menghasilkan logo dan bahan promosi untuk salah satu pengusaha homestay di Kampung Tambirat. Selain itu, 7 dokumentari telah dihasilkan untuk projek ini. Selain daripada pengusaha IKS, belia kampung tambirat dan ahli Persatuan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) Cawangan Asajaya juga turut mendapat manfaat melalui Bengkel Seni Bersama Komuniti di mana pelajar menganjurkan dan mengendalikan aktiviti mobile photography, photo editing dan rekabentuk poster. 

Hasil projek SULAM ini diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan pengusaha produk IKS dan pengusaha homestay di Kampung Tambirat tetapi keterlibatan belia juga melalui bengkel seni bersama komuniti diharap dapat memberi motivasi kepada mereka untuk membantu meningkatkan visibiliti kampung tersebut dimasa akan datang. 

Sesi pembentangan projek dan penilaian akhir projek SULAM bersama komuniti telah diadakan di Panggung Eksperimen, FSGK, UNIMAS pada 5 Januari 2024 dimana semua pelajar membuat pembentangan akhir hasil projek mereka dan membuat penyerahan projek kepada pengusaha IKS dan homestay yang terlibat.  

Kemuncak acara pada hari tersebut ialah gimmick Majlis Penutupan Projek SULAM FSGK dan Kampung Tambirat 2024 dimana sesi penyerahan logo baharu dan bendera kampung yang disempurnakan oleh KK Sulaiman Lee, KK Sulaiman Saad, KK Mahmud Keri, KK Zamzari Hj Suut dan semua pensyarah yang terlibat dengan projek SULAM.  

Menurut penyelaras projek SULAM FSGK, Cik Noorhaslina Senin, “Projek SULAM kali ini lebih mencabar dari projek terdahulu kerana ia melibatkan empat kampung iaitu Tambirat Hulu, Hilir, Lot dan Tengah. Tetapi, Alhamdulillah saya merasa bangga apabila melihat hasil karya semua pelajar dengan bimbingan para pensyarah dan komuniti terlibat. Saya yakin projek ini boleh dikembangkan lagi sekiranya mendapat sokongkan dan kerjasama dengan mana-mana badan kerjaaan atau bukan kerajaan yang sesuai.” 

Ia turut disokong oleh wakil pelajar, Abdul Razif Abdul Ramman yang mengatakan bahawa “Saya dan rakan amat bebesar hati kerana dapat berkerjasama dengan pihak komuniti Kampung Tambirat yang sangat mesra dan sudi berkongsi ilmu serta pengetahuan baru dengan kami sepanjang kami melaksanakan projek ini. Kami harap hasil rekaan kami dapat memberi manfaat kepada pihak komuniti.“  

Pelajar Program Teknologi Senireka dan Sinematografi bersama En. Baie bin Hj Morni yang merupakan pengusaha belacan, cencaluk dan bubuk di Kampung Tambirat Hilir ketika sesi pembentangan projek akhir SULAM di FSGK, UNIMAS.

Sesi penggambaran dokumentari pelajar Program Sinematografi bersama En. Salamat bin Alis mengenai proses penghasilan gula apong asli. 

Sekitar sesi mobile photography dan outdoor photography anjuran Program Seni Halus bersama belia Kampung Tambirat.

image_printPrint Article/Press Release