Kota Samarahan: Persatuan Mahasiswa Sabah UNIMAS (PERMAS) dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Semalaysia UNIMAS (PAMU) telah menganjurkan Grand Finale Night: Echoes of Kaamatan sebagai acara kemuncak bagi Festival Kebudayaan Sabah 2026 pada 23 Mei 2026 bertempat di . Dewan Mutiara, DeTAR UNIMAS.
Program ini diadakan bersempena sambutan Pesta Kaamatan sebagai usaha meraikan keunikan warisan budaya Sabah melalui persembahan seni, muzik dan tarian tradisional, di samping memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa serta masyarakat pelbagai kaum
Grand Finale Night: Echoes of Kaamatan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan menerusi pertandingan akhir Tulan Om Rombituon, persembahan tarian daripada subprogram Malam Rentak Sumayau, serta kehadiran jemputan khas finalis Sugandoi dalam memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan di UNIMAS. Program ini telah menghimpunkan warga kampus serta masyarakat umum dalam suasana penuh warna-warni budaya Sabah.
Program ini turut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengetengahkan bakat, memupuk kemahiran insaniah dan memperluas penglibatan dalam aktiviti kebudayaan yang bersifat inklusif serta berimpak tinggi. Selain itu, penganjuran program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), dan SDG 17 (Kerjasama demi Matlamat). 
Antara objektif utama program adalah untuk adalah untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa dan masyarakat terhadap warisan budaya Sabah, memperkukuh perpaduan dan semangat kerjasama melalui penglibatan aktif mahasiswa dalam program kebudayaan serta menggalakkan jaringan kerjasama strategik antara institusi, komuniti dan rakan luar dalam menjayakan program berteraskan budaya dan masyarakat.

