Program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Tahun Tiga Program Sains Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM), UNIMAS selama 14 minggu yang bertemakan “TRADITIONAL KNOWLEDGE AND SUSTAINABLE” untuk Semester 1 2023/2024. Program SULAM ini telah dianjurkan bagi menyempurnakan Kursus KMK 3163 Pengurusan Projek bagi Program Sains Kognitif yang telah difasilitasikan oleh Dr Wan Norizan Wan Hashim (Pensyarah Kanan FSKPM).

Inisiatif program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan  kelestarian pengurusan “traditional knowledge” di kalangan komuniti pada semester ini. Seramai 96 orang pelajar Program Sains Kognitif, FSKPM dan 11 komuniti tempatan dari sekitar Samarahan, Serian, Bau dan Kuching telah terlibat dalam program SULAM kali ini. Secara keseluruhannya, seramai lebih 10 orang dari 11 komuniti ini dijangka menerima manfaat daripada program ini. Antara komuniti tempatan yang terlibat adalah Kampung Tambirat Asajaya, Kampung Iboi Sadong Jaya, Kampung Pangkalan Kuap Samarahan, Kampung Semenggok Jawa Batu 12, Kampung Triboh Gedong, Kampung Jawa Sungai Menaul Serian, Kampung Sebandi Ulu Asajaya, Kampung Stass Bau, Kampung Niup Kota Samarahan, Kampung Iboi Laut Sadong Jaya dan Kampung Kelka Simunjan.

Program yang bertemakan “TRADITIONAL KNOWLEDGE AND SUSTAINABLE” ini telah berjaya melibatkan 11 komuniti tempatan dalam pelbagai aktiviti pemidahan ilmu melalui program SULAM dan antaranya ialah Ceramah Kesedaran Pengurusan  “traditional knowledge” yang disampaikan oleh Dr Louis Ringah Kanyan (Pensyarah FSGK), sesi perkongsian pembentukan video dan dokumentari pendek bersama En Ts Aliffazraie Jali (Pensyarah Kanan FSGK) dan aktiviti pemeliharaan  “traditional knowledge” komuniti. Kesemua aktiviti ini dilakukan bersama pelajar dan komuniti supaya pemeliharaan “traditional knowledge” tersebut dapat diteruskan demi kelestarian generasi akan datang dalam komuniti tersebut. 

Antara kelestarian pemeliharaan  “traditional knowledge” yang difokuskan adalah muzik traditional mukun (bermukun), pembuatan alat muzik traditional gamelan, penyediaan makanan traditional Bugis (Burasak), berpantang menggunakan perubatan tradisional, proses penyediaan gula apong, pengetahuan tradisional perahu tambang dan kuih penyaram dan juga sejarah-sejarah traditional berkaitan dengan komuniti yang terlibat.

Selari dengan objektif SULAM iaitu mengadakan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah, para pelajar telah berjaya menyempurnakan program SULAM ini dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi namun pelajar dan komuniti telah menyediakan satu video dokumentari ringkas sebagai satu alatan kelestarian pemeliharan  “traditional knowledge” komuniti. 

Program libat sama pihak komuniti ini bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan kemahiran dari pelajar FSKPM malah dapat menengahkan fungsi penting UNIMAS dalam mengaplikasikan hasil penyelidikan para penyelidik UNIMAS bagi menyelesaikan masalah sebenar komuniti setempat. Program ini juga diharap dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada komuniti di samping mengukuhkan lagi hubungan baik antara universiti dan komuniti sekitarnya.

image_printPrint Article/Press Release