December 21, 2024
JWBGS6J

Kota Samarahan (11 Mac): Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang membuka jalan bagi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Majlis turut diadakan serentak pelancaran GREET Lounge di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

MOU ini menandakan permulaan kerjasama lebih erat dalam bidang akademik, penyelidikan, dan pertukaran pelajar.

Dengan perjanjian ini, kedua-dua universiti bersetuju berkongsi sumber dan kepakaran, serta meningkatkan peluang pembelajaran bagi pelajar dan staf akademik melalui program pertukaran dan penyelidikan bersama.

MOU antara UNIMAS dan APU turut mencerminkan komitmen kedua-dua universiti menyediakan pendidikan berkualiti selain memperkukuhkan hubungan.

Inisiatif ini membuka peluang bagi pelajar memperoleh pengalaman global, memperluas jaringan profesional, dan mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa depan.

Usaha ini langkah positif ke arah memperkaya pengalaman pendidikan di Malaysia dan mempromosikan kerjasama antara universiti-universiti di Asia Pasifik.

Dengan kerjasama ini, UNIMAS dan APU berada dalam posisi terbaik dalam menawarkan peluang lebih luas kepada komuniti akademik dan pelajar mereka. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan dan penyelidikan.

Sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan kualiti kehidupan kampus dan mempromosikan interaksi sosial lebih baik dalam kalangan pelajar dan staf, FSKTM turut melancarkan sebuah lounge baru.

Lounge ini menyedia ruang selesa dan kondusif bagi pelajar dan staf berkumpul, belajar, dan bertukar-tukar idea.

Ia turut dilengkapi kemudahan Wi-Fi berkelajuan tinggi, stesen kerja dan ruang santai, menjadikannya tempat ideal bagi beristirahat dan bersosial.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif UNIMAS Business School, Profesor Dr Puah Chin Hong, Dekan FSKTM, Profesor Madya Dr. Kartinah Zen, Ketua Bahagian Latihan Korporat, Pusat Kerjaya dan Alumni, Dr. Sryee Inthran serta dekan-dekan fakulti, pengarah-pengarah pusat dan institut, wakil Asia Pacific University of Technology & Innovation dan rakan industri.

Sustainable Development Goal: Quality education (SGD 4) & Partnerships for the goals (SDG 17)