November 3, 2025

Kuching, 19 September 2025 – Satu idea segar dalam bidang kesejahteraan organisasi telah diperkenalkan apabila Profesor Madya Dr. Amalia Madihie bersama rakan penyelidik membentangkan konsep Human Resilience Library (HRL) di Simposium Psikologi, Kaunseling dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Sarawak 2025.

Simposium anjuran Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak ini menghimpunkan Communities of Practice (CoP) SCS, profesional serta ahli akademik bagi membincangkan strategi kesejahteraan berasaskan sokongan komuniti.

Menurut Dr. Amalia, HRL berfungsi sebagai barisan hadapan sokongan psikoemosi melalui Khidmat Sokongan Pekerja (KSP) sebelum warga organisasi dirujuk kepada pakar profesional. “Konsep ini lahir daripada penyelidikan tentang daya tahan (resilience) di Human Resilience & Potential Centre, dengan melibatkan individu yang mahu menjadi penggerak sokongan ketika rakan sekerja berdepan cabaran hidup,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut memperkenalkan 3Is FrameworkIndividual Development, Interpersonal Skills dan Intrapersonal Skills – sebagai tunjang kepada latihan Individual Resilience First Aid (IRFA).

Menariknya, kertas cadangan ini telah berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Best Paper, sekali gus menjadi pengiktirafan awal terhadap potensi besar HRL dalam memperkukuh kesejahteraan penjawat awam Sarawak.

Artikel ini disumbangkan oleh Prof Madya Dr Amalia Madihie