
Satu majlis yang menghimpunkan staf-staf makmal sains UNIMAS telah diadakan pada 16 Mei 2025. Aktiviti yang diadakan dalam suasana santai tapi meriah ini merupakan penganjuran yang julung kali dan FSTS-IBEC telah mengambil tanggungjawab sebagai tuan rumah.
Majlis MBB ini berjaya menghimpunkan staf skim C, G dan Q dari FSTS, FPSK, FK, Pra Universiti, IKPK dan IBEC, yang terdiri daripada Pembantu Makmal, Pembantu Veterinar, Penolong Pegawai Sains, Penolong Pegawai Pertanian, Pegawai Sains serta Pegawai Penyelidik. Seramai 64 orang staf telah hadir bagi memberikan sokongan kepada aktiviti berhimpun julung kali ini. Turut memeriahkan majlis ialah jemputan Pembantu Makmal bukan sains (Skim C) dari FK dan FSGK.
Majlis MBB pada 16 Mei itu telah berjaya mencapai objektifnya, iaitu mengumpul staf-staf makmal sains UNIMAS supaya dapat saling berkenalan dan beramah mesra dengan rakan makmal dari PTj yang lain. Ia merupakan inisiatif penggerak kepada penganjuran aktiviti-aktiviti bersama staf makmal sains selepas ini.
Antara aktiviti yang bakal dirancang ialah menghimpun staf makmal dalam majlis ilmu serta aktiviti lain seperti sukan dan rekreasi, dengan harapan agar aktiviti sebegini dapat dianjurkan secara tahunan dengan penglibatan serta kerjasama semua pihak. Dengan adanya aktiviti sebegini juga, diharapkan staf akan mendapat impak positif kepada diri sendiri, jabatan (PTj), organisasi (UNIMAS) serta komuniti



Artikel disediakan oleh : Cik Zeti Akhtar Abdul Manan