Simunjan, 9 November: Projek Pendayaan Komuniti @ UniMadani Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) adalah projek komuniti Universiti Awam yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Program Literasi dan Kelestarian Kesihatan Mental untuk Remaja Luar Bandar adalah satu usaha pensyarah dari Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM) dan Fakulti Seni Gunaan & Kreatif (FSGK), UNIMAS untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti luar di mana “knowledge Ttransfer” adalah misi utama program ini.
Seramai enam puluh (60) remaja yang dipilih daripada Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Gedong, Sibuyau dan Simunjan menghadiri program selama 2 hari ini di Dewan Mesra Simunjan. Program ini meliputi aktiviti ceramah, saringan kesihatan mental, serta aktiviti penjagaan diri dan emosi. Pada hari ke-2, enam belas (16) pelajar yang dikenalpasti sebagai local champion telah dilatih dengan teknik asas Mental Health First Aider (MHFA) dalam mengenal pasti dan memberi bantuan awal kesihatan mental kepada ahli keluarga serta komuniti setempat masing-masing.
Selaras dengan matlamat pembangunan lestari (SDG) 3 yang menitikberatkan kesihatan dan kesejahteraan, program ini merupakan satu pendekatan pemerkasaan remaja luar bandar melalui literasi kesihatan mental dan psikopendidikan yang bertemakan “Mental Health Care” #MHCARE. Antara impak program ini adalah meningkatkan kesedaran dan pemahaman berkenaan pentingnya kesejahteraan kesihatan mental melalui “Knowledge Transfer” iaitu apabila peserta mampu menghayati dan menterjemahkan apa yang dipelajari dari ceramah dan berkongsi ilmu berkaitan kesejahteraan kesihatan mental dengan ahli keluarga serta komuniti masing-masing dan yang terakhir; melahirkan local champion yang dapat bertindak sebagai MHFA.
Program Pendayaan Komuniti @UniMADANI ini telah dirasmikan oleh YB Awla bin Dris, ADUN N25 Simunjan bertempat di Dewan Mesra Simunjan diiringi Timbalan Dekan mewakili Naib Canselor UNIMAS Prof Madya Dr Hardyman Barawi. Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat, wakil dari JPNS Dayang Norhasmah Nasron, serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kawasan Simunjan.
Ketua Projek:
Pn Ross Azura Zahit (FSKPM)
Ahli Projek:
Dr Wan Norizan Wan Hashim (FSKPM)
Dr Kartini Abd Ghani (FSKPM)
En Mohd Hafizan Hashim (FSKPM)
Cik Auzani Zeda Mohammed Kassim (FSGK)
https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/9003/UKAS