Pada 23 September hingga 26 September 2024, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak telah mengadakan lawatan kerja penanda aras antarabangsa ke Jakarta, Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa serta hubungan industri dan masyarakat di Jakarta.
Lawatan ini membuka peluang untuk berkolaborasi dalam pelbagai agenda penting yang menyokong perkembangan pendidikan tinggi yang lebih dinamik.
Delegasi FSKPM diketuai oleh YBhg Dekan iaitu Profesor Madya Dr Amalia Madihie dan turut menyertai adalah 7 orang staf akademik dan 7 orang staf pentadbiran. Delegasi telah bertolak dari Bandaraya Kuching ke Jakarta pada 22 September dengan menaiki pesawat Airasia dan selamat kembalik ke Kuching pada 27 September 2024.
Antara lokasi lawatan kerja FSKPM sepanjang 4 hari di Jakarta adalah Fakultas Psikologi Universitas Indonesia yang diketuai oleh Dekan Fakultas iaitu Prof. Dr Bagus Takwin, Fakultas Psikologi Universitas Yarsi yang diketuai oleh Dekan Fakultas iaitu Dr Miwa Patnani dan Fakultas Huminiti Universitas Binus yang diketuai oleh Dekan Fakultas iaitu Dr Elissa Carolina Marion. Di samping itu, delegasi FSKPM telah juga mengadakan perbincangan
Salah satu tumpuan utama lawatan ini adalah perbincangan mengenai agenda penyelidikan dan penerbitan antarabangsa. FSKPM dan Universitas yang dilawati komited untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan berkualiti tinggi yang memberi impak global. Kerjasama ini akan memperluas penerbitan hasil kajian dalam jurnal antarabangsa terkemuka serta membuka ruang bagi penyelidik kedua-dua universiti untuk berkongsi kepakaran dan sumber.
Agenda mobiliti antarabangsa juga dibincangkan secara mendalam. FSKPM dan Universitas yang dilawati telah merancang untuk memperluaskan program pertukaran pelajar dan staf, yang membolehkan warga akademik dan pelajar mengalami pembelajaran dalam persekitaran antarabangsa melalui perbincangan dual degree dan Online Distance Learning. Melalui program ini, pelajar dan staf berpeluang menimba pengalaman berharga serta mengukuhkan jaringan global dalam bidang masing-masing.
Sebagai universiti yang beraspirasi global, FSKPM dan Universitas yang dilawati juga melihat peluang untuk menganjurkan persidangan antarabangsa bersama. Persidangan ini akan menjadi platform untuk membincangkan isu-isu semasa dalam pendidikan, penyelidikan, dan inovasi, serta mengumpulkan pakar dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka.
Lawatan ini turut membincangkan agenda jemputan penceramah/pensyarah melalui global classroom contohnya dan jurulatih antarabangsa untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang melalui platfom Procel UNIMAS. Inisiatif ini bertujuan mempertingkatkan kepakaran akademik di kalangan staf akademik, sambil menyediakan ruang untuk kolaborasi dalam pembangunan kurikulum dan latihan. FSKPM juga tidak lupa mempromosi program – program komersial fakulti semasa latawan kerja ini. Melalui agenda penanda aras bersama Lembaga Psikologi Terapan UI (LPTUI), beberapa komponen bisness university telah dikongsikan dan FSKPM sangat teruja dan komited dengan pendedahan pengalaman yang baru ini untuk diaplikasikan di FSKPM pada masa akan dating.
Selain skop akademik, agenda penglibatan industri dan komuniti antarabangsa turut menjadi perbincangan penting. FSKPM telah mengadakan lawatan ke Minanas Plantation Indonesia yang diketuai oleh Tuan Shahrizal Suhainy dan Kedutaan Besar Malaysia Jakarta yang diketuai oleh Tuan Fakhrul Arifin Mohammad Zulkifli di mana FSKPM berhasrat untuk merancang program-program yang melibatkan kerjasama dengan industri global seperti penempatan latihan industri bagi pelajar UNIMAS ke peringkat antarabangsa terutama pelajar FSKPM, yang akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak dan komuniti sekitar.
Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan impak sosial melalui program tanggungjawab sosial korporat dan penglibatan komuniti di peringkat global. Melalui agenda tanggungjawab sosial korporat dan penglibatan komuniti ini, FSKPM berkesempatan mengadakan dua University Social Responsibility (USR) di Women’s Prison, RPTRA Pondok Bambu dan Senior Citizen School, Cakung pada 25 September 2024. Kedua-dua USR ini adalah anjuran bersama Universitas Yarsi dan FSKPM. Aktiviti USR ini telah memberi satu pendedahan yang luar biasa kepada delegasi FSKPM dari segi budaya dan adab komuniti di Jakarta yang boleh diterapkan di Malaysia nanti.
Tidak ketinggalan juga agenda penanda aras dari skop pengurusan dan pentadbiran, fasiliti dan ICT terutama di universitas-universitas yang dilawati yang banyak memberi inspirasi kepada delegasi FSKPM. Agenda ini sedikit sebanyak memberi idea dan membuka ruang minda supaya lebih kreatif dan innovatif dalam skop tadbir urus fakulti nanti.
Lawatan kerja ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara FSKPM dan rakan-rakan lawatan di Jakarta. Pelbagai agenda yang dibincangkan tidak hanya membuka peluang untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dan pengajaran, malah turut memperluas jaringan global kedua-dua institusi. Melalui kerjasama ini, FSKPM bersedia untuk terus memainkan peranan penting dalam landskap pendidikan tinggi antarabangsa.
To grow together, that’s COLLEGIATY
To be stronger together, that’s RESILIENCE (TENACITY)
To honor the responsibility, that’s INTEGRITY
To learn together, that’s EQUITY
To show a good role model, that celebrates EXEMPLARY
by AP Dr Amalia Madihie (22.09.2024), Dean of FCSHD, UNIMAS