November 14, 2024
FTS 3

BAYU Tari sekali lagi mencipta nama dengan meraih Johan di Festival Tari & Lagu Asli 2024 anjuran Majlis Seni Sarawak (MSS) pada 18 hingga 19 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Dewan Sentral Sarikei. BAYU Tari mempersembahkan tarian tradisional Etnik Melanau Mengarang Menyak bagi kategori Etnik dan tarian etnik kreatif Bidayuh bertajuk Rejerki Podiku.

Dengan kejayaan ini, BAYU Tari telah membuktikan hasil kreatif mahawasisa dan mahasiswi UNIMAS sentiasa mendapat pengiktirafan oleh badan-badan kesenian di Sarawak.