September 11, 2024

Satu lawatan telah diadakan di Lembaga Lada Malaysia cawangan Betong dan Rumah Panjang Kelimbang, Penyulok di Ulu Layar, Betong pada 18 Julai 2024.

Lawatan ini susulan projek kerjasama Sistem Rendaman IoT bagi penghasilan lada putih premium antara Unimas dan Lembaga Lada Malaysia.

Penyelidik yang terlibat dari UNIMAS terdiri daripada Ts. Hj. Ahmad Hadinata Fauzi dan Prof Madya Ts. Dr Dayang Nurfatimah Awg Iskandar bersama-sama pelajar sarjana dan pelajar tahun akhir dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Lawatan bertujuan mempelajari proses penghasilan lada putih premium secara tradisi di mana lada direndam di dalam sungai bagi menghasilkan lada putih premium.

Selain itu, penyelidik juga secara praktikal diberi peluang mencuba cara memetik lada.

Mereka turut belajar bagaimana mengisih lada daripada bendasing menggunakan ‘spiral separator’ bagi memastikan kualiti lada putih premium.

Mereka juga diberi demonstrasi oleh penghuni rumah panjang cara pengeringan lada putih.

FSKTM turut membuat perjumpaan dengan penduduk Rumah Panjang Kelimbang, Penyulok.

Lembaga Lada dan penghuni rumah panjang memberi maklumbalas positif dengan sistem Rendaman IoT.

Perbincangan tersebut juga mencetuskan idea baharu yang berpotensi dijadikan projek penyelidikan pada masa hadapan.