December 21, 2024

Majlis Penyerahan nota serah tugas jawatan Dekan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diadakan pada 11 Julai 2024.

Majlis ini menandakan peralihan kepimpinan FSKTM dengan Prof Madya Dr Kartinah Zen menyerahkan tugasnya kepada dekan yang baharu, Profesor Dr Jane Labadin.

Prof Madya Dr Kartinah menerajui FSKTM lebih empat tahun sejak pelantikannya pada 1 Januari 2020.

Menerusi kepimpinan Dr Kartinah, FSKTM meraih banyak kejayaan cemerlang.

Aantaranya, FSKTM tersenarai dalam THE World University Ranking by Subject di bawah Computer Science (801-1000) pada tahun 2023.

Selain itu, FSKTM dianugerah status Premier Digital Tech Institution (PDTI) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada tahun 2022.

FSKTM juga berjaya mewujudkan Program Asasi Pengkomputeran dengan kerjasama Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), UNIMAS.

Program ini bagi menggalakkan pelajar lepasan SPM menyertai bidang sains komputer, selain untuk menambah bilangan bakat digital negara.

Dalam pada itu, Prof Dr Jane Labadin, yang juga merupakan Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) Data Sains FSKTM, bukanlah individu asing.

Beliau menyertai FSKTM sejak 1995 dan memiliki pengalaman luas.

Dengan prestasi cemerlang, Prof Dr Jane akan mampu melonjak nama FSKTM sebagai fakulti unggul bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.