August 21, 2024

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” merupakan peribahasa Melayu yang menggambarkan permuafakatan dan hubungan kerjasama antara manusia amatlah penting untuk mencapai sesuatu objektif. Nilai ini diterapkan dalam program pemantapan kerja di antara staf makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, bertemakan “Sun, Moon & Science: Uniting Minds, Healing Hearts”. Program ini telah diadakan pada 5 Julai sehingga 6 Julai 2024, bertempat di SB Sunset, Kuching.

Antara pengisian program adalah perkongsian tatacara kerja makmal pengajaran dan penyelidikan, pengurusan makmal dan aktiviti interaktif. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan kerjasama dan komunikasi sesama pasukan sekumpulan untuk mencapai objektif.

Bukan itu sahaja, program ini juga memperkukuhkan hubungan dan motivasi antara rakan sekerja, sekaligus menerapkan kecergasan fizikal dan mental untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.