August 21, 2024

Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS: 23 Jun 2024 – Majlis Apresiasi Keluarga Angkat Tahun 2 Sesi 2023 / 2024 bertempat di PITAS UNIMAS diadakan sebagai tanda terima kasih daripada Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) kepada 39 buah keluarga angkat daripada Kampung Tanjung Tuang yang menerima 130 orang pelajar perubatan.
Kampung Tanjung Tuang merupakan kampung pertama di Bahagian Samarahan yang melibatkan diri dalam program ini selepas pandemik Covid 19 berlaku. Sebelum majlis penutupan di PITAS, keluarga angkat telah dibawa melawat ke Museum Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Helmy bin Hazmi Timbalan Dekan (Hubungan Industri dan Masyarakat) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.
Program ini telah diolah mengikut garis panduan keperluan amalan pembelajaran berimpak tinggi (high-impact educational practices) di peringkat kementerian. Yakni, pelajar universiti berpeluang meningkatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, menyelesai masalah, membuat keputusan, kepimpinan, kerja kumpulan, pemikiran kritis dan adab bekerjasama dengan pensyarah, rakan sebaya dan pelbagai agensi luar.
Melalui proses sebegini, pelajar akan lebih memahami diri sendiri, empati dan memahami orang lain. Kemahiran dan nilai asas tersebut perlu ada dalam diri setiap pelajar perubatan seawal pengajian (pre-klinikal) agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat pada masa yang akan datang.
Sekalung penghargaan kepada:
1) Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Helmy bin Hazmi Timbalan Dekan (Hubungan Industri dan Masyarakat) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.
2) Tuan Haji Lasa bin Bol, Ketua Kaum Kampung Tanjung Tuang
3) Prof. Madya Dr Deburra Peak Ngadan, Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam.
4) Pihak Museum Anatomi dan Patalogi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
5) Penyelia-penyelia Klinikal Kursus Kesihatan Keluarga sesi 2023/2024
6) Keluarga Angkat Kampung Tanjung Tuang, Sesi 2023/2024
7) Pelajar-pelajar Perubatan Tahun 2
8) Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung