June 20, 2024

Program “Health, Safety & Environment (HSE) In University” bersama Fakulti Kejuruteraan (FEng) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Mei 2024 di Dewan Kuliah, CTF1, UNIMAS. Program ini merupakan kerjasama diantara Seksyen Health, Safety, Security & Environment (HSSE) Air Selangor, yang diketuai oleh Encik Azman Ahmad (Vice President, HSSE Air Selangor), dengan pihak FEng UNIMAS, yang diwakili oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr Ervina Binti Junaidi. Program ini merupakan program sehari yang melibatkan seramai 114 orang pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Program Kejuruteraan Mekanikal, Sivil, Kimia, dan Elektrikal dan Elektronik.

HSE In University ini mempunyai objektif seperti berikut;

1. Perkongsian ilmu daripada pihak HSSE Air Selangor sebagai pemain industri di dalam bidang utiliti air.

2. Memberikan pendedahan berkaitan keperluan asas HSE di tempat kerja kepada pelajar terutamanya pelajar tahun akhir yang bakal memasuki alam pekerjaan.

3. Merupakan program CSR Seksyen HSSE Air Selangor dengan pihak Universiti.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk sesi teori dan praktikal. Program dimulai dengan sesi Safety Briefing oleh Encik Abdul Halim bin Hashim (Ketua Pusat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, UNIMAS) dan diteruskan dengan aktiviti daripada pihak HSSE Air Selangor; Introduction of HSE Air Selangor, Module 1: Common Occupational Safety & Health Requirement in Industries, Module 2: Environmental Compliance & Awareness in Industries, Module 3: Emergency Response, sesi Pre-& Post-test untuk pelajar dan Workplace Assessment: Spot the hazard. Turut diadakan adalah penyampaian hadiah pemenang (individu dan kumpulan) serta sijil penyertaan.

Program HSE merupakan pendekatan pelbagai disiplin yang direka untuk mengurus dan mengawal bahaya tempat kerja, risiko alam sekitar dan kesejahteraan pekerja. Program sebegini memberi impak dan pengalaman yang signifikan kepada pelajar tahun akhir yang bakal memasuki alam pekerjaan. Semoga initiatif dan kolaborasi antara HSSE Air Selangor dan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS akan diteruskan pada masa akan datang dengan mengadakan pelbagai program berimpak bersama pelajar.  

Disediakan oleh: Dr. Ervina Binti Junaidi, Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS
image_printPrint Article/Press Release