June 20, 2024

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK, Mei 19hbBuat julung kalinya, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS telah menganjurkan aktiviti larian jalan yang bertemakan “FEB RUN 2024” di kampus UNIMAS.

Aktiviti ini telah dirasmikan bersama oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS.

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan huhungan silaturahim di kalangan pelajar prasiswazah, pasca siswazah dan alumni UNIMAS di samping mempromosikan gaya hidup yang sihat di kalangan pelajar-pelajar prasiswazah serta keunikan dan kecantikan lanskap kampus UNIMAS kepada khalayak ramai. Aktiviti ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 9KM dan 4KM.

Acara ini telah mendapatkan sambutan yang hangat daripada pelajar UNIMAS, kakitangan akademik dan bukan akademik UNIMAS, alumni dan orang ramai di mana kira-kiranya terdapat 398 orang peserta menyertai 4KM dan 205 orang peserta menyertai 9KM yang menjumlah keseluruhan peserta melebih 600 orang.

Berasaskan prinsip tanggungjawab sosial, pihak Fakulti Ekonomi dan Perniagaan juga akan mendermakan sebahagian daripada untung bersih kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah Cawangan Kuching untuk menampung kos operasi aktiviti kemanusiaan mereka.

Pihak penganjur juga berharap aktiviti seumpama ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan untuk memberikan peluang kepada pelajar dalam kampus untuk menimba pengalaman dalam penganjuran aktiviti komuniti yang bukan sahaja melibatkan ahli komuniti dalam kampus tetapi juga khalayak ramai di luar kampus.

image_printPrint Article/Press Release