September 11, 2024

UNIMAS: Walaupun bersaing dalam Kejohanan Piala Pendaftar 2023 selaku pasukan bukan pilihan, Kesuma Alam FT (Kesuma Alam) tetap mengintai peluang layak ke separuh akhir.

Buktinya pasukan gabungan FK-FSKTM-FSTS-FAB-IBEC ini berjaya menduduki tangga ke-3 liga, mengejutkan pasukan-pasukan hebat lain.

Selepas mengharungi lima perlawanan, pasukan tersebut menang tiga kali dengan memungut 9 mata.

Dalam perlawanan sebelum ini, mereka berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan pilihan BK Rovers, walau tewas tipis dengan jaringan 2 – 3.

Dalam perlawanan tersebut, Kesuma Alam pada mulanya ketinggalan 0 – 2.

Namun, dengan mantera keramat ‘Come back is real!’, mereka bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa, walaupun akhirnya terpaksa tunduk.

“Kita bermain secara tenang dan tidak memberi tekanan kepada rakan sepasukan yang lain”, ujar ketua pasukan, Mohammad Sapian Kassim yang juga merupakan jurulatih berpengalaman.

Berbaki dua lagi perlawan, Kesuma Alam tampak berselera mengintai peluang layak ke peringkat kalah mati.

Laporan oleh Wan Hosen Wan Shekh.