KOTA SAMARAHAN, 23 Nov. – Perjalanan akademik Nurul Farinah Mohsin agak panjang dan berliku.
Namun ketabahan dan semangatnya sama sekali tidak pernah pudar.
Pencapaian cemerlang Farinah melayakkannya menerima Anugerah Naib Canselor pada majlis konvokesyen UNIMAS baru-baru ini.
Graduan Sarjana Komputer Sains (Informatik Sosial) dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini merupakan pelajar seliaan Dr. Suriati Khartini Jali.
Beliau mengaku bahwa kejayaannya adalah berkat sokongan ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Mereka banyak membantu selama proses penulisan tesis.
Kata Farinah, “Menyerah sahaja dan berhenti (belajar) di tengah perjalanan sentiasa bermain dalam fikiran saya setiap hari, tetapi dengan sokongan kuat daripada keluarga, penyelia, dan teman-teman (dapat) membantu saya menyelesaikan penulisan tesis.”
Farinah menambah, “Terima kasih atas kepercayaan dan bimbingan yang diberikan kepada saya.”
Kisah kejayaan Farinah ini bukan harus sekadar menjadi contoh bagi mahasiswa lain.
Namun ia harus menjadi inspirasi kepada semua bahawa kerja keras luar biasa membuahkan hasil yang juga luar biasa.
Oleh Siti Nor Aishah Bujang