December 25, 2024

Kota Samarahan, 7 November 2023: Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-27, menyaksikan seramai 3,897 orang graduan akan memperolehi ijazah masing-masing dalam
pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

Konvokesyen yang bermula semalam akan diteruskan selama 4 hari, bermula pada 6 November 2023 (Isnin) sehingga 9 November 2023 (Khamis) yang melibatkan 7 sidang. Pengisytiharan Konvokesyen ke-27 ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak pada sidang pertama yang berlangsung semalam.

Pada sidang kedua sebelah pagi ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS. Pada sidang kedua ini akan melibatkan pengurniaan 545 graduan dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP).

Konvokesyen UNIMAS ke-27 ini juga turut memberikan penyampaian anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan yang terpilih menerusi kecemerlangan mereka dalam akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian di
universiti ini. Anugerah ini akan diberikan kepada graduan di peringkat Sarjana Muda. Seramai 3,354 orang graduan prasiswazah akan diraikan pada Selasa sehingga Khamis yang akan melibatkan sidang pagi dan petang.

Disediakan oleh:

Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin

UNIMAS Corporate