June 21, 2024

Kota Samarahan, 6 November 2023: Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-27, menyaksikan seramai 3,897 orang graduan akan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

Konvokesyen yang bermula hari ini akan diteruskan selama 4 hari, bermula pada 6 November 2023 (Isnin) sehingga 9 November 2023 (Khamis) yang melibatkan 7 sidang. Pengisytiharan Konvokesyen ke-27 ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak pada sidang pertama yang berlangsung hari ini.

Pada sidang pertama hari ini juga akan melibatkan istiadat pengurniaan yang melibatkan 543 orang graduan siswazah.  Seramai 64 orang Ijazah Doktor Falsafah, 454 Ijazah Sarjana manakala 25 orang graduan daripada Postgraduate Diploma in Higher Education Teaching and Learning (Diploma Pascasiswazah Pendidikan UNIMAS) yang dianugerahkan kepada staf akademik UNIMAS. Pada sidang pertama ini juga, turut diraikan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Global dari Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi dan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif dengan Kepujian (Animasi) dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif; para graduan ini merupakan kumpulan pertama (first batch) bagi kedua-dua jurusan tersebut.

Manakala, 3354 orang graduan terdiri daripada graduan prasiswazah akan diraikan pada Selasa sehingga Khamis yang akan melibatkan sidang pagi dan petang.

Disediakan oleh;

Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin

UNIMAS Corporate

image_printPrint Article/Press Release