December 22, 2024

Teknologi AI generatif diyakini mampu merevolusi cara pengajaran dan pembelajaran dalam subjek sejarah. Melalui teknologi ini, guru dan pendidik dapat mencipta bahan pengajaran yang lebih kreatif dan bermakna. AI generatif juga mampu menghasilkan visual baru mengenai sumber-sumber sejarah.

Pernyataan ini dibuat oleh Ts. Syahrul Nizam Junaini dari Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat, UNIMAS semasa Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) yang berlangsung pada 14 September 2023. Tajuk kertas kerja Ts. Syahrul adalah ‘Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Sarawak dalam era AI Generatif’.

Persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) ini diadakan sempena perayaan ke-60 tahun kemerdekaan Sarawak. Sebanyak lebih dari 250 individu dari berbagai latar belakang hadir di PASS 2023. Selain Ts. Syahrul, terdapat lebih dari 25 pembentang lain, termasuk dari Indonesia dan Brunei.

Sumber: Laman Facebook Ikatan Graduan Melayu Sarawak (https://www.facebook.com/igmsofficial)

Disediakan oleh Hamizan Sharbini