September 11, 2024

PEMAKLUMAN PENAMAAN PENJENAMAAN NAMA PUSAT PEMBANGUNAN DAN KHIDMAT TEKNOLOGI MAKLUMAT KEPADA TUN ABANG HAJI OPENG DIGITAL CENTRE (TAHODC)

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak telah berkenan untuk merasmikan Bangunan Tun Abang Haji Openg Digital Centre (TAHODC) pada 4 Ogos 2023.

Penjenamaan bangunan yang baharu siap dibina itu adalah sebagai tanda penghargaan universiti di atas segala jasa serta mengiktiraf sumbangan pemimpin tertinggi negeri Sarawak, Allahyarham Tun Datuk Abang Haji Openg Abang Sapiee, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama. Ia juga merupakan satu pengiktirafan universiti terhadap visi  Yang Amat Berhormat Premier menggerakkan agenda digital ekonomi Sarawak ke arah pembangunan holistik bagi menjadikan Sarawak sebuah negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi.

Penjenamaan nama baharu kepada Tun Abang Haji Openg Digital Centre (TAHODC) diyakini akan dapat memperkasakan lagi agenda pembangunan digital di UNIMAS dan negeri Sarawak secara amnya. Selain itu, pembinaan bangunan ini menjadi pemangkin kepada inisiatif UNIMAS untuk menjadi sebuah Hub ICT  dan Digital yang signifikan kepada pembangunan dan transformasi digital wilayah Sarawak.

Sehubungan itu, penggunaan nama baharu Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS) kepada Tun Abang Haji Openg Digital Centre (TAHODC) secara rasminya berkuat kuasa mulai 4 Ogos 2023. Pihak universiti berharap makluman ini dapat dipanjangkan  kepada semua PTj dalaman termasuklah agensi serta jabatan luar UNIMAS.