September 10, 2024
Kota Samarahan, 21 Julai 2023 – Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka peringkat UNIMAS hari ini berlangsung dengan meriah, dengan semangat dan warna-warni apabila warga kampus yang datang mengenakan baju kebangsaan dan etnik. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, YBhg Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi; Naib Canselor UNIMAS, serta pegawai-pegawai pengurusan UNIMAS.