September 10, 2024
UNIMAS, 17 Julai 2023 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIMAS dan Hornbill Networks Consortium Sdn. Bhd (HNCSB) yang telah diadakan pada hari ini merupakan usaha beterusan UNIMAS dalam memperkukuhkan kerjasama dan hubungan erat dengan pihak industri. Majlis telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dr Hazland Abang Hipni; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, YBhg Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi; Naib Canselor UNIMAS, Ybhg Datuk Haji Abdul Kadier Sahib; Penasihat HNCSB, Encik Hanizam bin Hashim; Pengarah Urusan HNCSB, Profesor Ir. Dr Siti Noor Linda Taib; Dekan Fakulti Kejuruteraan serta pegawaipegawai pengurusan UNIMAS dan HNCSB.