December 21, 2024
a2 (1)

Satu siri mesyuarat dan bengkel “Circular Economy Living Laboratories Supporting Social Innovation in Southeast Asia” telah dijalankan di Polytechnic Institute of Coimbra, Portugal pada 9 hingga 12 Mei 2023. Projek ini dibiayai di bawah geran Erasmus dari Kesatuan Eropah (EU) mulai Januari 2023 hingga Disember 2025.

Projek ini melibatkan sembilan (9) buah universiti dari lima (5) buah negara iaitu:-

  • Universiti Sains Malaysia (USM) – Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Malaysia
  • Royal University of Phnom Penh (RUPP) – Cambodia
  • Svay Rieng University (SRU) – Cambodia
  • National University of Laos (NUOL) – Laos
  • Savannakhet University (SKU)- Laos
  • Universidad De Almeria (UAL) – Spain
  • Instituto Politecnico De Coimbra (IPC) – Portugal
  • International Consulting and Mobility Agency Sociedad De Responsabilidad Limitada (INCOMA) – Spain

Secara umumnya, projek ini memfokuskan Circular Economy dan Social Innovation yang terdapat di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Laos dan Kemboja. Model Circular Economy ialah model ekonomi yang bertujuan meminimumkan sisa dan memaksimumkan kecekapan sumber dengan mengekalkan bahan dan produk dalam close-loop system. Tidak seperti ekonomi linear tradisional, yang mengikut pendekatan “take-make-dispose”, model Circular Economy menggalakkan pendekatan yang lebih mampan terhadap pengeluaran dan penggunaan.

Dalam sistem Circular Economy, sumber digunakan berterusan; selama mungkin, dan nilainya dikekalkan melalui pelbagai strategi, seperti kitar semula, guna semula, pembuatan semula dan pembaikan. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan sistem iaitu sisa diminimumkan, dan sumber terus dikitar kembali ke dalam ekonomi, mengurangkan keperluan untuk bahan asas dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.

Logo Rasmi Projek Circular Economy Living Laboratories Supporting Social Innovation in Southeast Asial

This image for Image Layouts addon

Vice President of Instituto Politecnico De Coimbra (IPC) – Portugal (kiri) dan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, Instituto Politecnico De Coimbra (IPC) – Portugal (kanan)

This image for Image Layouts addon

Penerangan oleh wakil INCOMA kepada para peserta

This image for Image Layouts addon

Momen sekitar waktu rehat dimanfaatkan sebaiknya bersama dengan seluruh peserta

This image for Image Layouts addon

Penerangan oleh wakil INCOMA kepada para peserta

This image for Image Layouts addon

Momen sekitar waktu rehat dimanfaatkan sebaiknya bersama dengan seluruh peserta

This image for Image Layouts addon

Penerangan oleh wakil INCOMA kepada para peserta

This image for Image Layouts addon

Wakil dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sempat merakamkan momen yang diambil di Coimbra Portugal

Disediakan oleh Dr. Zaimuariffudin Shukri bin Nordin
Ditulis oleh Dyg Nurlisa Abg Zainal Abidin (Copywriter UNIMAS Corporate)