June 20, 2024
Kota Samarahan, 12 Mac 2023 – Pusat Pengajian Pra Universiti Universiti Malaysia Sarawak (PPPU UNIMAS) telah mengadakan khidmat komuniti di Kampung Meranek, Kota Samarahan. Program yang dinamakan ‘Asasi Back to Community’ (ABC) ini bertujuan memperkenalkan para pelajar Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS (PPPU UNIMAS) kepada aktiviti kemasyarakatan dan memupuk sifat kesukarelawanan. Seramai 115 orang pelajar dan 6 staf akademik terlibat dan telah menjalankan program di Kampung Meranek dan sekitarnya bersama penduduk tempatan.



image_printPrint Article/Press Release